Satu lagi letupan, iaitu yang ketujuh, dilaporkan telah berlaku di Dehiwela, berhampiran pusat bandar Sri Lanka sebentar tadi.

Menurut polis, kejadian terbaru itu berlaku di sebuah hotel berhampiran zoo negara Sri Lanka.

Terdahulu, beberapa siri letupan telah berlaku di tiga gereja dan tiga hotel di Colombo pada Ahad, menyebabkan 138 terbunuh dan lebih 400 cedera.

Letupan tersebut berlaku ketika penganut Kristian menyambut Hari Easter.

Hotel dan salah sebuah gereja tersebut berada di Colombo, manakala sebuah lagi gereja terletak di Negombo, utara bandar berkenaan.

Sumber polis memaklumkan, salah satu letupan tersebut berlaku di Gereja St Anthony di Kochcikade.

Angka tersebut dijangka akan terus meningkat dari semasa ke semasa selepas pihak berkuasa mengemaskini jumlah terkini mereka yang terlibat.