Skip to main content

Malaysia

Glasgow 2026: Azizulhasnl akhiri penantian dengan emas keirin Sukan Komanwel

GLASGOW, 1 Ogos -- Jaguh berbasikal lelaki negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat emas dalam perlumbaan akhir acara keirin lelaki di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Sir Chris Hoy Velodrome hari ini._BERNAMA
Azizulhasni berjaya merangkul pingat emas dalam perlumbaan akhir acara keirin lelaki di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Sir Chris Hoy Velodrome, Glasgow, 1 Ogos 2026. --fotoBERNAMA
Advertisement

GLASGOW: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia selepas menjuarai acara keirin lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Velodrom Sir Chris Hoy, di sini, malam tadi.

Pelumba Australia, Leigh Hoffman meraih pingat perak, manakala wakil England, Harry Ledingham-Horn melengkapkan kedudukan podium dengan pingat gangsa.

Seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di tempat ketujuh.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement