awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Stadium Kanjuruhan: Nyalaan lilin, nyanyian Indonesia Pusaka sebagai tanda memperingati mangsa korban

Faida Rahim
Faida Rahim
03/10/2022
01:55 MYT
Tragedi Stadium Kanjuruhan: Nyalaan lilin, nyanyian Indonesia Pusaka sebagai tanda memperingati mangsa korban
Peristiwa ini merupakan pukulan bagi dunia boleh sepak Indonesia. - Foto AP
LAMPUNG: Persatuan Penyokong Bola Sepak Lampung berkumpul dalam acara penghormatan terakhir sebagai tanda memperingati mangsa tragedi di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, malam tadi.
Memetik laporan Kompas, acara bermula dengan nyalaan lilin di pintu masuk Stadium Sumpah Pemuda Badak Lampung, Kompleks PKOR Way Halim, Bandar Lampung.
Dalam pada itu, puluhan peminat dunia bola sepak hadir berpakaian hitam dengan ikatan riben hitam diikat di lengan sebagai tanda memperingati kesemua mangsa.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Suasana bertambah hiba apabila penyokong menyanyikan beberapa buah lagu antaranya Indonesia Pusaka dan Mars Aremania.
Sementara itu, para penyokong yang hadir turut membacakan doa buat mangsa yang terkorban.
Wakil Perikatan Penyokong Lampung, Wiryo Saputro memaklumkan laungan penyokong Aremania dinyanyikan sebagai tanda memperingati kesemua mangsa.
"Kami penyokong dari Lampung amat sedih dengan kejadian ini. Ini adalah tragedi bagi dunia bola sepak di Indonesia," kata Wiryo, malam tadi.
Tambahnya dalam nada hiba, peristiwa ini merupakan pukulan bagi dunia boleh sepak Indonesia.
Dalam masa sama, Wiryo berharap kejadian ini tidak lagi akan berulang dan seharusnya dijadikan pengajaran di kalangan penyokong bola sepak.
Difahamkan, 125 orang maut selepas kekecohan terjadi di Stadium Kanjuruhan Malang ketika perlawanan bola sepak Arema FC menentang Persebaya Surabaya pada Sabtu malam.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Indonesia
#Lampung
#Stadium Kanjuruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan