INTERNATIONAL
Trump akui AS akhirnya perlu turun tarif ke atas barangan China

Trump juga percaya bahawa ekonomi China sedang terjejas teruk akibat tarif yang dikenakan oleh AS. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata bahawa AS akhirnya perlu menurunkan tarif import ke atas barangan dari China kerana jika tidak, adalah mustahil untuk membangunkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata bahawa AS akhirnya perlu menurunkan tarif import ke atas barangan dari China untuk membangunkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
- Trump tidak berhasrat menurunkan halangan perdagangan yang sedia ada ke atas barangan China sebagai prasyarat untuk memulakan rundingan antara Washington dan Beijing, dan percaya ekonomi China terjejas teruk akibat tarif yang dikenakan oleh AS.
- IMF mengeluarkan unjuran terkini yang meramalkan pertumbuhan ekonomi China perlahan kepada empat peratus pada 2025, manakala unjuran pertumbuhan KDNK AS bagi tahun ini diturunkan kepada 1.8 peratus, dengan tarif "timbal balik" tambahan AS ke atas barangan China mencecah 125 peratus.
Namun begitu, Trump menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat menurunkan halangan perdagangan yang sedia ada ke atas barangan China sebagai prasyarat untuk memulakan rundingan antara Washington dan Beijing, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Trump juga percaya bahawa ekonomi China sedang terjejas teruk akibat tarif yang dikenakan oleh AS.
Pada April lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengeluarkan unjuran terkini yang meramalkan pertumbuhan ekonomi China perlahan kepada empat peratus pada 2025, iaitu 0.6 mata peratusan lebih rendah daripada unjuran sebelumnya.
Pada masa sama, IMF turut menurunkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi tahun ini kepada 1.8 peratus, 0.9 mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran Januari lalu.
Susulan beberapa langkah dalam perang perdagangan antara kedua-dua negara, tarif "timbal balik" tambahan AS ke atas barangan China mencecah 125 peratus, manakala tarif China terhadap barangan AS juga berada pada kadar 125 peratus.
Selain itu, AS turut mengenakan tarif tambahan sebanyak 20 peratus ke atas China atas alasan kegagalan memerangi dadah sintetik secara berkesan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami