Skip to main content

Dunia

Trump bakal hadiri sidang kemuncak G7 di Perancis

FILE PHOTO: U.S. President Donald Trump gestures as he departs Beijing Capital International Airport aboard Air Force One, in Beijing, China, May 15, 2026. REUTERS/Evan Vucci REFILE - QUALITY REPEAT/File Photo
G7 menghimpunkan antara tujuh ekonomi paling maju di dunia iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan AS serta Kesatuan Eropah turut menjadi anggota. - Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat Perancis pada Jun untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin Kumpulan Tujuh (G7), lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan pada Selasa.

Sidang kemuncak tahun ini akan berlangsung di Evian-les-Bains di tenggara Perancis dari 15-17 Jun.

G7 menghimpunkan antara tujuh ekonomi paling maju di dunia iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan AS serta Kesatuan Eropah turut menjadi anggota.

Ia berperanan sebagai platform utama untuk para anggota membincangkan dan menyelaraskan maklum balas terhadap cabaran ekonomi, kewangan dan geopolitik global utama.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement