Skip to main content

Dunia

Trump beri amaran beliau kini dalam "fasa membuat keputusan" berkaitan Iran

U.S. President Donald Trump and Turkish President Tayyip Erdogan (not pictured) hold a bilateral meeting, ahead of their participation in a NATO summit, at the Bestepe Presidential Compound in Ankara, Turkey, July 7, 2026. REUTERS/Jonathan Ernst
Presiden Trump memberi amaran perkembangan besar akan berlaku sekiranya Tehran gagal mengubah tindakannya. - Gambar fail/ Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad memberi amaran bahawa beliau kini berada dalam fasa kritikal membuat keputusan berhubung perang yang sedang berlangsung dengan Iran, sambil memberi amaran perkembangan besar akan berlaku sekiranya Tehran gagal mengubah tindakannya, lapor Anadolu Ajansi.

“Persoalan saya ialah sama ada dan bila saya akan memusnahkan seluruh negara itu? Mereka sebaiknya berkelakuan baik,” kata Trump kepada rangkaian Fox News AS ketika menjelaskan pendekatannya terhadap perang berkenaan.

Presiden AS itu berkata, pilihan yang dipertimbangkannya ketika ini termasuk memusnahkan negara berkenaan, membiarkannya “mereput” dari segi ekonomi atau merundingkan satu perjanjian, sambil menambah bahawa “perkara yang sangat besar akan berlaku dalam masa yang tidak terlalu lama lagi.”

Ketika ditanya mengenai minggu peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang bermula Isnin, Trump memberi isyarat kesediaan untuk terlibat secara diplomatik dengan berkata, beliau “mungkin terbuka” untuk bertemu Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Tehran mahupun Pezeshkian belum memberikan sebarang respons terhadap kenyataan Trump mengenai kemungkinan pertemuan itu.

Minggu peringkat tinggi sesi ke-81 UNGA berlangsung dari 18 hingga 28 Sept di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, dengan Perbahasan Umum dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 28 Sept.

Menyentuh konflik yang lebih meluas di rantau itu, Trump berkata, Washington kekal berhubung secara berterusan dengan kumpulan Houthi di Yaman susulan serangan peluru berpandu balistik terbaharu mereka yang menyasarkan Arab Saudi, sambil mendakwa, kumpulan itu bersetuju untuk mengelak daripada bertempur dengan tentera AS.

Trump baru-baru ini mendakwa, perang dengan Iran akan “berakhir selepas pilihan raya separuh penggal” pada November.

Jabatan Negara AS pada Ahad mengeluarkan amaran perjalanan susulan peningkatan ketegangan di seluruh rantau itu.

Jabatan itu turut memberi amaran bahawa Iran dan kumpulan yang menyokongnya mungkin menyasarkan kepentingan, perniagaan dan institusi AS serta lokasi yang dikaitkan dengan rakyat Amerika di seluruh dunia.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement