awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TO CHECK] Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump beri amaran kepada Elon Musk agar tidak sokong Demokrat

Bernama
Bernama
08/06/2025
06:00 MYT
Trump beri amaran kepada Elon Musk agar tidak sokong Demokrat
Hubungan antara Musk dan Trump kini tegang. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran kepada jutawan teknologi, Elon Musk bahawa beliau akan berdepan "akibat yang sangat serius" sekiranya menyokong Demokrat pada masa depan susulan perselisihan mereka, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Presiden AS Donald Trump memberi amaran kepada Elon Musk bahawa beliau akan berdepan -akibat yang sangat serius- jika menyokong calon Demokrat, namun tidak menjelaskan bentuk akibat tersebut.
  • Perselisihan tercetus selepas kelulusan rang undang-undang belanjawan yang disokong Trump tetapi dikritik Musk sebagai -menjijikkan-, dengan Musk menuntut pemotongan perbelanjaan yang lebih besar.
  • Hubungan antara kedua-dua tokoh itu kini tegang, dengan Trump menyatakan beliau tidak berniat berdamai atau bercakap lagi dengan Musk, manakala Musk mendakwa Trump tidak akan menang pilihan raya tanpa bantuannya.

"Dia akan berdepan akibat yang sangat serius jika berbuat demikian," kata Trump kepada NBC News dalam satu temu bual telefon yang dijadual disiarkan Ahad.
Namun Trump enggan berkongsi apakah bentuk akibat itu sekiranya Musk menyokong calon Demokrat dan merugikan Republikan yang menyokong rang undang-undang cukai dan belanjawan presiden.
Rang undang-undang belanjawan yang diluluskan minggu ini mencetuskan perselisihan terbuka antara Musk dan Trump, dengan Musk menuntut pemotongan perbelanjaan yang lebih besar serta menyifatkan rang undang-undang itu sebagai "sesuatu yang menjijikkan".
Trump, sebaliknya, menggelarnya "rang undang-undang yang indah".
Sejak Khamis, Musk dan Trump saling menyerang secara terbuka selepas berbulan-bulan bekerjasama dan dianggap rapat.
Trump menegaskan beliau tidak berhasrat untuk berdamai dengan Musk.
Dalam temu bual itu, Trump ditanya sama ada beliau percaya hubungannya dengan Musk, pemilik platform media sosial X, syarikat kereta elektrik Tesla dan firma angkasa SpaceX telah berakhir.
"Saya rasa ya," jawab Trump.
Beliau juga mengulangi pendirian untuk tidak berdamai dengan Musk, sambil menyatakan terlalu sibuk dengan hal-hal lain.
"Saya tidak berniat untuk bercakap dengannya."
Pada Khamis, pertelagahan antara kedua-dua tokoh itu memuncak dengan Trump melabel Musk sebagai "gila" manakala Musk mendakwa Trump tidak akan menang pilihan raya presiden tanpa bantuannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#Donald Trump
#Demokrat
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami