awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump berucap buat kali pertama selepas pendakwaan

Bernama
Bernama
05/04/2023
04:02 MYT
Trump berucap buat kali pertama selepas pendakwaan
Donald Trump berucap di kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida, 4 April 2023, selepas terdahulu dihadapkan dengan pertuduhan jenayah di mahkamah di New York City. (Foto AP)
WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata satu-satunya jenayah yang pernah dilakukannya ialah "tanpa gentar" mempertahankan AS dan menyifatkan "kes palsu" yang dikenakan terhadapnya semata-mata untuk mengganggu pilihan raya presiden AS 2024.
"Saya tidak pernah terfikir perkara seperti itu boleh berlaku di Amerika.
"Kes palsu ini dibawa hanya untuk mengganggu pilihan raya 2024 akan datang dan kes itu harus segera digugurkan," kata Trump kepada penyokongnya di Mar-a-Lago, Florida, lapor Agensi Anadolu.
Dalam ucapan sulung sejak kes beliau dibicarakan Trump berkata: "Sistem keadilan kita telah tidak mengikut undang-undang. Mereka menggunakannya sekarang untuk memenangi pilihan raya."
"Mereka datang pula dengan langkah yang baharu... melalui Akta Espionage... tahun 1917 yang hukumannya ialah mati," katanya.
Ucapan Trump: Selepas pendakwaan dikenakan ke atasnya
Trump yang dihadapkan di sebuah mahkamah Manhattan atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, mengaku tidak bersalah.
Hakim yang menyelia kes jenayah Trump telah menetapkan perbicaraan seterusnya pada 4 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#pilihan raya presiden
#undang-undang
#pertuduhan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan