DUNIA
Trump cadang adakan sidang kemuncak tiga hala seawal 22 Ogos - Media

Setakat ini, Rusia belum memberi komitmen terbuka terhadap penyertaan dalam sidang kemuncak tiga hala tersebut. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memaklumkan pemimpin Eropah selepas pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin bahawa beliau berhasrat mengadakan sidang kemuncak tiga hala bersama Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky seawal 22 Ogos, menurut portal media dalam talian AS, Axios pada Sabtu, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump bercadang mengadakan sidang kemuncak tiga hala bersama Putin dan Zelensky seawal 22 Ogos, selepas bertemu Putin.
- Zelensky mengesahkan akan bertemu Trump di Washington pada Isnin, dan Trump turut menjemput pemimpin Eropah ke mesyuarat di Rumah Putih.
- Setakat ini, Rusia belum memberi komitmen terbuka terhadap penyertaan dalam sidang kemuncak tiga hala tersebut.
Canselor Jerman Friedrich Merz pada Sabtu berkata sidang kemuncak tiga hala dijangka menyusuli pertemuan antara Zelensky dan Trump pada Isnin.
Setakat ini pihak Rusia belum membuat sebarang komitmen terbuka berhubung sidang kemuncak tiga hala itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami