Berbaki kurang 24 jam, rakyat Amerika Syarikat akan mengundi presiden mereka yang ke-45.

Pecutan terakhir kempen ke White House menyaksikan calon Republikan, Donald Trump dan calon Demokrat, Hillary Clinton berkempen di negeri-negeri sengit.

Clinton dengan janji Amerika yang inklusif, sementara Trump berikrar untuk memperbaik sistem yang korup.

Tinjauan pendapat BBC hari terakhir kempen menunjukkan Clinton kini mendahului dengan empat mata pada 48 peratus, manakala Trump pada 44 peratus.

Sehingga kini 43 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab dalam proses pengundian awal.

Bagi kem Demokrat, kempen pecutan akhir turut digerakkan presiden Barack Obama.