Skip to main content

Dunia

Trump dakwa Iran sedang "dimusnahkan" ketika serangan di Teluk terus memuncak

U.S. President Donald Trump looks on as he speaks to reporters onboard Air Force One, on travel from West Palm Beach, Florida, to Joint Base Andrews, Maryland, U.S., February 16, 2026. REUTERS/Elizabeth Frantz
Trump berkata Iran kini tidak lagi mempunyai tentera udara dan sistem pertahanan udara yang berfungsi. - Foto fail/REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa bahawa Iran kini sedang "dimusnahkan dan pada tahap yang tidak pernah disaksikan sebelum ini", sambil mengatakan negara itu "tidak lagi mempunyai tentera udara dan sistem pertahanan udara yang berfungsi".

Kenyataan itu dibuat ketika serangan bersama AS–Israel ke atas Iran memasuki hampir seminggu, dengan angka korban Iran melepasi 1,230 orang sejak Sabtu lalu.

Advertisement

Laporan media Iran turut menyebut dua sekolah di bandar Parand telah terkena serangan peluru berpandu.

Sementara itu, Iran meneruskan serangan balasnya ke seluruh negara Teluk, termasuk UAE, Qatar dan Bahrain, ketika Tel Aviv turut berdepan serangan dron dan peluru berpandu pada lewat malam Khamis.

Ketua Majlis Keselamatan Negara Iran, Ali Larijani, memberi amaran bahawa pasukan Iran "sedang menunggu" sebarang pencerobohan darat oleh tentera AS dan akan "memalukan mereka" jika ia berlaku.

Di Bahrain, pihak berkuasa melaporkan serangan Iran mengenai dua hotel dan sebuah bangunan kediaman di ibu kota Manama, mengakibatkan kerosakan tetapi tiada kematian.

Dalam perkembangan lain, Trump turut menggesa diplomat Iran di luar negara untuk berpaling tadah dan menyeru komander IRGC supaya "meletakkan senjata" dengan janji kekebalan, sambil mengulangi ugutannya bahawa mereka akan "dibunuh" sekiranya berdegil, memetik laporan Al Jazeera.

Konflik yang semakin melebar ini terus mencetuskan kebimbangan antarabangsa, terutama apabila serangan peluru berpandu dan dron kini menjejaskan keselamatan negaranegara Teluk serta infrastruktur awam di rantau tersebut.

 

 

Must Watch Video