Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Sharif hargai keputusan Trump lanjutkan gencatan senjata

Pakistan’s Prime Minister Shehbaz Sharif, meets with U.S. Vice President JD Vance, not pictured, in Islamabad, Pakistan, April 11, 2026. Jacquelyn Martin Pool/Pool via REUTERS
Sharif turut menyatakan harapan agar semua pihak terus mematuhi gencatan senjata dan berjaya memuktamadkan satu “perjanjian damai menyeluruh”. - Foto fail/REUTERS

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, merakamkan penghargaan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, susulan pengumuman lanjutan gencatan senjata dengan Iran, sambil menyuarakan harapan agar rundingan diplomatik dapat membawa kepada perjanjian damai berkekalan.

Dalam satu hantaran di media sosial, Sharif berkata beliau, mewakili dirinya dan Ketua Tentera Pakistan, Field Marshal Syed Asim Munir, mengucapkan terima kasih kepada Trump kerana bersetuju melanjutkan gencatan senjata bagi memberi ruang kepada usaha diplomatik diteruskan.

Advertisement

“Bagi pihak saya dan Field Marshal Syed Asim Munir, saya dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Presiden Trump kerana sudi menerima permintaan kami untuk melanjutkan gencatan senjata agar usaha diplomatik yang sedang berjalan dapat diteruskan,” kata Sharif.

Beliau menegaskan bahawa Pakistan akan terus memainkan peranan aktif bagi mencapai penyelesaian melalui rundingan.

Sharif turut menyatakan harapan agar semua pihak terus mematuhi gencatan senjata dan berjaya memuktamadkan satu “perjanjian damai menyeluruh” dalam pusingan kedua rundingan yang dijadual berlangsung di Islamabad.

“Saya berharap kedua-dua pihak akan terus mematuhi gencatan senjata dan dapat memuktamadkan satu ‘Perjanjian Damai’ komprehensif dalam pusingan kedua rundingan di Islamabad bagi menamatkan konflik secara kekal,” tambahnya.

 

 

Kenyataan Sharif hadir ketika Islamabad dilihat memainkan peranan penting sebagai perantara dalam usaha meredakan ketegangan antara AS dan Iran, dengan lanjutan gencatan senjata disifatkan sebagai peluang kritikal untuk mengelakkan pertempuran daripada tercetus semula.
 

Must Watch Video