Skip to main content

Dunia

Askar Israel dihukum susulan insiden mencemarkan patung Jesus di Lubnan

FILE PHOTO: An Israeli soldier damages the head of a statue of Jesus, in Debel, Lebanon, in this still image obtained from social media released on April 19, 2026. Social Media/via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. NEWS USE ONLY. VERIFICATION: - Location is verified as Debel, Lebanon as file imagery of the statue tags Debel as the location - Terrain in background also appears to match hills on topography imagery from Debel - Date shot not confirmed but first pos
Foto yang tular di media sosial memaparkan seorang anggota tentera Israel merosakkan kepala sebuah patung Jesus di Debel, Lubnan.

TEL AVIV: Dua anggota tentera Israel akan dikenakan hukuman tahanan ketenteraan selama 30 hari susulan insiden vandalisme terhadap sebuah patung Jesus di selatan Lubnan, menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

IDF berkata seorang anggota yang memukul patung itu dengan tukul besi serta seorang lagi yang merakam kejadian tersebut turut digugurkan daripada tugas tempur selepas siasatan dijalankan.

Advertisement

Enam anggota lain yang berada di lokasi kejadian tetapi gagal campur tangan atau melaporkannya akan dikenakan tindakan berasingan.

Insiden di kampung Debel itu mencetuskan kecaman meluas selepas gambarnya tular di media sosial minggu ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata beliau “terkejut dan sedih” dengan kejadian berkenaan.

Dalam kenyataan pada Selasa, IDF memaklumkan siasatan mendapati tindakan anggota terbabit “menyimpang sepenuhnya daripada perintah dan nilai IDF”, dan menyatakan kekesalan mendalam.

Patung yang rosak itu juga telah diganti semula dengan kerjasama penuh komuniti setempat, menurut IDF, yang menegaskan operasinya di Lubnan menyasarkan Hezbollah dan kumpulan bersenjata lain, bukan orang awam.

Penduduk setempat berkata patung itu berada pada salib di luar sebuah rumah di pinggir Debel, antara beberapa kampung yang masih didiami ketika konflik.

Ketua paderi setempat, Father Fadi Flaifel, mengecam perbuatan mencemarkan simbol keagamaan dan berkata ia bercanggah dengan hak asasi manusia.

Duta Besar AS ke Israel, Mike Huckabee, turut mengutuk kejadian itu dan menggesa tindakan “pantas dan tegas”.

Sementara itu, ribuan anggota tentera Israel masih ditempatkan di selatan Lubnan selepas gencatan senjata yang dimediasi Amerika Syarikat berkuat kuasa pada Jumaat, menghentikan pertempuran selama enam minggu antara Israel dan Hezbollah, meskipun kedua-dua pihak saling menuduh pelanggaran.
 

Must Watch Video