DUNIA
Trump dakwa jadi perantara gencatan senjata Thailand, Kemboja

Trump, mendakwa dirinya berjaya menjadi perantara dalam mencapai persetujuan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa dirinya berjaya menjadi perantara dalam mencapai persetujuan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.
Menerusi satu kenyataan di Insagram White House, Trump turut memaklumkan beliau menghubungi Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, sebelum kedua-dua negara bersetuju untuk menghentikan sebarang bentuk ketegangan.
"Tahniah kepada semua. Dengan berakhirnya peperangan ini, kita telah menyelamatkan ribuan nyawa. Saya telah mengarahkan pasukan perdagangan saya untuk memulakan semula rundingan berkaitan perdagangan antara kedua-dua negara," katanya.
Trump menambah, beliau kini telah menamatkan banyak peperangan dalam hanya tempoh enam bulan dan menyifatkan dirinya bangga kerana menjadi 'Presiden Perdamaian'.“Saya kini telah menamatkan banyak peperangan dalam masa hanya enam bulan. Saya berbangga menjadi Presiden Perdamaian,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN menjadi orang tengah dalam mesyuarat khas melibatkan kedua-dua negara di Putrajaya pafda Isnin.
Thailand dan Kemboja setuju melaksanakan gencatan senjata bermula tengah malam ini, yang akan meredakan pertempuran di kawasan sempadan sekitar Preah Vihear yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 33 nyawa sejak 25 Julai lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami