DUNIA
Trump desak perang Israel-Iran dihentikan selepas berbual dengan Putin

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (kiri) pada Sabtu berkata beliau berbual dengan Presiden Rusia Vladimir Putin (kanan) selama hampir sejam.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu berkata beliau berbual dengan Presiden Rusia Vladimir Putin selama hampir sejam, dengan sebahagian besar perbualan tertumpu kepada ketegangan antara Israel dan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Presiden Putin menelefon pagi ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada saya, namun yang lebih penting, beliau ingin berbincang mengenai Iran, sebuah negara yang sangat beliau kenali," tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social.
Trump berkata kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa konflik antara Israel dan Iran perlu ditamatkan.
"Saya turut menjelaskan bahawa perangnya juga perlu dihentikan," kata Trump, merujuk kepada konflik Rusia-Ukraine yang masih berlanjutan.Walaupun perbualan itu lebih banyak tertumpu kepada isu Timur Tengah, Trump memaklumkan bahawa beliau dan Putin akan menyambung perbincangan mengenai perang di Ukraine pada minggu hadapan.
"Beliau kini sedang melaksanakan pertukaran tahanan seperti yang dirancang - sejumlah besar tahanan dari kedua-dua pihak," kata Trump.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami