awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

MITI siasat dakwaan pelanggaran libatkan cip AI Nvidia

Bernama
Bernama
18/06/2025
12:45 MYT
MITI siasat dakwaan pelanggaran libatkan cip AI Nvidia
MITI kekal komited untuk memudah cara transaksi perdagangan yang sah bagi memupuk persekitaran pelaburan dan perdagangan yang selamat dan bertanggungjawab. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih dalam proses mengesahkan dengan agensi yang relevan sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau peraturan domestik berikutan laporan syarikat China menggunakan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam latihan Large Language Models di Malaysia.
Dalam kenyataan hari ini katanya pelayan yang menggunakan cip dan cip AI Nvidia tidak diklasifikasikan sebagai barangan terkawal di bawah Akta Perdagangan Strategik Malaysia 2010.
"Bagaimanapun, Malaysia akan bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang memerlukan bantuan dalam memantau perdagangan barangan sensitif di bawah kawalan eksport negara masing-masing," katanya.
Menurutnya berpandukan prinsip ketelusan, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang, perniagaan termasuk pusat data yang beroperasi di Malaysia bebas membuat keputusan komersial masing-masing, selagi ia mematuhi skop undang-undang dan peraturan Malaysia.
"Pembangunan dan pengawalseliaan industri pusat data dan ekosistem Malaysia juga diuruskan secara aktif dan bersama oleh MITI dan Kementerian Digital melalui Pasukan Petugas Pusat Data," kata MITI.
Kementerian berkata Malaysia berpendirian teguh dan mengambil pendekatan toleransi sifar dalam menangani usaha mana-mana individu atau syarikat yang cuba memintas kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.
"MITI kekal komited untuk memudah cara transaksi perdagangan yang sah bagi memupuk persekitaran pelaburan dan perdagangan yang selamat dan bertanggungjawab.
"Ini juga bagi memastikan semua pelaburan dan perdagangan berkaitan teknologi sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa serta selaras dengan komitmen yang dipersetujui secara pelbagai hala," katanya.
Menurut kementerian, Malaysia juga kekal komited dari segi pematuhan peraturan perdagangan antarabangsa dan memastikan pematuhan penuh terhadap langkah kawalan eksport global.
Malaysia akan sentiasa bertindak tegas terhadap mana-mana syarikat yang beroperasi di Malaysia, termasuk yang terlibat dalam industri semikonduktor dan AI, yang melanggar peraturan perdagangan Malaysia dan antarabangsa, katanya.
MITI berkata walaupun Malaysia mengekalkan kedudukan neutral mengenai sekatan unilateral, syarikat berpangkalan di Malaysia telah dinasihatkan untuk mematuhi kawalan eksport unilateral negara lain yang terpakai kepada aktiviti perniagaan antarabangsa mereka untuk mengelakkan sebarang sekatan ke atas perniagaan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI siasat
#dakwaan pelanggaran
#cip AI
#NVIDIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami