SATU ketika dulu, namanya pernah disanjung, jutaan orang melaungkan namanya, bersorak apabila melihat kelibatnya.
Memimpin Amerika Syarikat, kuasa besar dunia, disokong pula jutaan rakyat membuatkan Presiden Donald Trump kadangkala (mungkin juga selalunya) lantang ketika berbicara.
Namun tanpa disangka, sebaik tewas kepada Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden pada November lepas, penduduk di kejiranan didiami Trump memilih untuk ‘menghalau’ bekas presiden itu.
Kalau di Malaysia, kita mungkin tidak kisah sekiranya bekas perdana menteri tinggal berhampiran, tapi di negara itu, nampaknya situasi adalah agak berbeza.
Portal Global News melaporkan beberapa penduduk di Palm Beach, Florida meminta pihak berkuasa di bandar itu melarang Trump untuk menetap di resort Mar-a-Lago setelah beliau dijangka meninggalkan pejabatnya di White House bulan depan.
Jiran Trump menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk melarang pemimpin itu menjadikan Mar-a-Lago sebagai kediaman tetap.
Difahamkan, surat itu ditulis oleh seorang peguam dan ditujukan kepada Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, menurut salinan yang diperoleh Washington Post.
Surat itu mendesak Palm Beach untuk memberitahu Trump bahawa dia mesti mencari kediaman tetap baharu dan meminta beliau melakukannya sekarang untuk "mengelakkan situasi memalukan" di kemudian hari.
Trump tidak akan lagi tinggal di White House selepas 20 Januari 2021 dan jirannya di Florida pula menghalang bekas presiden itu menetap di rumah singgah yang dilabelkan sebagai “Winter White House” itu.
Punca utama tindakan kejiranan itu dipercayai kerana Trump acap kali membawa kakitangan yang ramai, malah pesawat turut ikut sama, membuatkan jirannya berasa terganggu kerana bunyi bising.
Jiran di kawasan itu sudah bertahun lama membuat aduan dan kini mereka khuatir gangguan tersebut akan berterusan sekiranya Trump tinggal di sana secara tetap.
Surat itu muncul ketika Trump meniti saat sukar dalam hidupnya selepas tewas kepada Biden bulan lalu.
Agensi
Thu Dec 17 2020
Penduduk di Palm Beach, Florida meminta pihak berkuasa di bandar itu melarang Trump menetap di resort Mar-a-Lago apabila meninggalkan pejabatnya di White House bulan depan. -Reuters
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
AS komited lawan perilaku tidak adil China
Wakil dagangan Amerika yang dipilih Joe Biden, Katherine Tai komited melawan perilaku dagangan dan ekonomi China yang tidak adil.
Trump 'dihalau', penduduk enggan berjiran dengannya
Jiran Trump menghantar surat kepada pihak berkuasa tempatan melarang pemimpin itu menjadikan Mar-a-Lago sebagai kediaman tetapnya.
Kelewatan peralihan kuasa sukarkan tindak balas terhadap COVID-19 - Pasukan khas Biden
Pakar tidak dapat berbincang dengan pegawai pentadbiran semasa yang menangani virus itu walaupun AS dilanda lonjakan kes baharu COVID-19.
Ini lima tumpuan pusingan debat Naib Presiden AS malam ini
Ia merupakan persaingan di antara Naib Presiden AS, Mike Pence dan saingan demokratnya, Senator Kamala Harris dari California.
Pengeluar TikTok mahu fail saman terhadap pentadbiran Trump
Ia tiada pilihan selain memfailkan saman untuk memastikan undang-undang dipatuhi dan syarikat serta pengguna dilayan dengan adil oleh pentadbiran Trump.
Trump ancam ambil tindakan terhadap syarikat media sosial
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mewujudkan peraturan baharu buat syarikat media sosial bahkan mungkin menutupnya.
COVID-19: California guna kaedah undi pos bagi pemilihan presiden Amerika Syarikat
Undian pos itu bagaimanapun tidak akan menggantikan pusat pengundian fizikal yang tetap diteruskan bagi mereka yang memilih pengundian secara biasa.
Kes jangkitan COVID-19 di pusat jagaan warga emas New York di luar kawalan
Lebih 2,700 penghuni rumah penjagaan kesihatan dan warga emas di sini meninggal dunia akibat wabak tersebut.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
Huawei mahu undang-undang pertahanan AS NDAA 2019 diisytihar 'tidak berperlembagaan'
Syarikat teknologi gergasi Huawei memfailkan satu usul kepada Mahkamah AS agar undang-undang yang menyenarai hitam Huawei diisytihar sebagai 'tidak berperlembagaan'.