awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump gesa Kamala Harris, Beyonce, Oprah disiasat atas bayaran kempen

Agensi
Agensi
27/07/2025
23:50 MYT
Trump gesa Kamala Harris, Beyonce, Oprah disiasat atas bayaran kempen
Trump mendakwa, Harris (kiri) membayar jutaan dolar kepada Beyonce (tengah) dan Oprah sebagai pertukaran kepada sokongan terbuka terhadap kempen beliau - sesuatu yang menurut Trump adalah melanggar undang-undang pilihan raya.
WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendesak agar bekas Naib Presiden Kamala Harris serta selebriti ternama seperti Beyonce, Oprah Winfrey dan Al Sharpton didakwa, kononnya atas bayaran tidak sah yang diterima sepanjang kempen pilihan raya presiden 2024.
Trump mendakwa, Harris membayar jutaan dolar kepada selebriti terbabit sebagai pertukaran kepada sokongan terbuka terhadap kempen beliau - sesuatu yang menurut Trump adalah melanggar undang-undang pilihan raya.
“Saya sedang meneliti jumlah wang yang begitu besar dibelanjakan oleh Demokrat selepas pilihan raya presiden. Bayaran ini direkod secara tidak tepat dalam laporan kewangan. ANDA TIDAK DIBENARKAN MEMBAYAR UNTUK SOKONGAN. IA ADALAH TIDAK SAH,” tulis Trump menerusi platform Truth Social pada hujung minggu lalu.
Dalam kenyataan sama, Trump turut menyebut: “Bayangkan jika ahli politik mula membayar orang untuk menyokong mereka, pasti akan timbul huru-hara.”
Sepanjang musim kempen 2024, kem Harris pernah menerima kritikan berikutan bayaran sebanyak AS$165,000 kepada syarikat produksi Beyonce, Parkwood Entertainment, untuk sebuah acara di Houston pada 26 Oktober.
Sementara itu, Harpo Productions milik Oprah didakwa menerima AS$1 juta bagi acara siaran langsung di Michigan, manakala organisasi National Action Network milik Sharpton menerima AS$500,000.
Bagaimanapun, angka dikemukakan Trump dalam kenyataannya berbeza:
“AS$11 juta dolar kepada Beyonce untuk sokongan (dia langsung tidak menyanyi dan meninggalkan pentas dengan penonton yang marah), tiga juta kepada Oprah, AS$600,000 kepada Al Sharpton - dan semua ini perlu disiasat!”
Harris sebelum ini menafikan sebarang bayaran dibuat untuk mendapatkan sokongan selebriti. Ibu kepada Beyoncé juga tampil menolak dakwaan bahawa anaknya menerima sehingga AS$11 juta untuk berucap di acara Harris.
Oprah pula menjelaskan, beliau tidak dibayar untuk penglibatannya, sebaliknya hanya kos produksi acara ditanggung pihak kempen.
Kempen Harris telah mengumpul dana besar, mencecah AS$1.15 bilion secara langsung serta AS$843 juta melalui sumbangan luar.
Sebaliknya, kempen Trump dilaporkan memperoleh AS$464 juta dan AS$989 juta melalui saluran luar. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Kamala Harris
#Beyonce
#Oprah Winfrey
#kempen pilihan raya Presiden 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan