awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ikrar tingkatkan perdagangan dengan India, Pakistan

Bernama
Bernama
11/05/2025
10:30 MYT
Trump ikrar tingkatkan perdagangan dengan India, Pakistan
Trump (foto) berikrar untuk meningkatkan perdagangan dengan India dan Pakistan serta membantu menyelesaikan konflik di Kashmir. -Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad berikrar untuk "meningkatkan perdagangan secara besar-besaran" dengan India dan Pakistan bagi menyokong kedua-dua negara itu susulan pengumuman gencatan senjata, serta berjanji untuk membantu menyelesaikan konflik di Kashmir, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Donald Trump berikrar untuk meningkatkan perdagangan dengan India dan Pakistan serta membantu menyelesaikan konflik di Kashmir.
  • India dan Pakistan menghentikan semua serangan dan tindakan ketenteraan mulai pukul 17:00 pada Sabtu.
  • Ketegangan meningkat selepas pengeboman berani mati di Pahalgam, India, pada 22 April yang mengorbankan 25 warga India dan seorang warga Nepal.

Pada Sabtu malam, Ketua Wilayah Kesatuan Jammu dan Kashmir di India, Omar Abdullah, melaporkan terdengar letupan serta sistem pertahanan udara India diaktifkan berhampiran bandar Srinagar, yang menjadi pusat pentadbiran wilayah itu pada musim panas.
Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Timbalan Menteri Luar Pertama India Vikram Misri, mengumumkan bahawa India dan Pakistan telah menghentikan semua serangan dan tindakan ketenteraan di darat, udara serta laut mulai pukul 17:00 (11:30 GMT) pada Sabtu.
"Walaupun perkara ini tidak dibincangkan pun, saya akan meningkatkan perdagangan secara besar-besaran dengan kedua-dua negara hebat ini.
"Selain itu, saya akan bekerjasama dengan anda berdua untuk melihat sama ada selepas 'seribu tahun' satu penyelesaian dapat dicapai berhubung isu Kashmir.
"Semoga Tuhan memberkati kepimpinan India dan Pakistan atas kejayaan ini!!!," kata Trump dalam hantaran di platform Truth Social.
I am very proud of the strong and unwaveringly powerful leadership of India and Pakistan for having the strength, wisdom, and fortitude to fully know and understand that it was time to stop the current aggression that could have lead to to the death and destruction of so many,
— Donald J. Trump Posts From His Truth Social (@TrumpDailyPosts) May 11, 2025
Pada malam 7 Mei, Kementerian Pertahanan India memaklumkan bahawa pihaknya melancarkan Operasi Sindoor sebagai tindak balas terhadap serangan pengganas di Pahalgam, dengan menyasarkan "infrastruktur pengganas" di wilayah Pakistan.
Kementerian itu turut menjelaskan bahawa tiada kemudahan ketenteraan Pakistan diserang dalam operasi tersebut.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Pakistan mendakwa India telah menyerang lima penempatan di negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dan 57 lagi cedera.
Kementerian Luar Pakistan menyatakan bahawa Islamabad berhak untuk memberi tindak balas yang sewajarnya.
Ketegangan antara India dan Pakistan meningkat susulan pengeboman berani mati berhampiran Pahalgam di wilayah Jammu dan Kashmir, India, pada 22 April lalu yang mengorbankan 25 warga India dan seorang warga Nepal.
India mendakwa mempunyai bukti penglibatan Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan dalam serangan itu, namun Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif menolak tuduhan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#India
#Pakistan
#Omar Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan