awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Bernama
Bernama
21/01/2025
05:35 MYT
Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Trump berkata AS membayar sebanyak AS$500 juta kepada badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.- Foto Reuters
WASHINGTON: Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat (AS) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia membebankan kami. Semua orang membebankan Amerika Syarikat, dan itu sudah berakhir. Ia tidak akan berlaku lagi," kata Trump kepada wartawan ketika menandatangani perintah tersebut selepas kembali ke Pejabat Oval.
Trump, yang mengangkat sumpah bagi penggal kedua, dilihat membawa perubahan besar dalam kerajaan AS, yang dijangka memberikan impak mendalam terhadap masyarakat Amerika dan dunia.
Beliau turut menyatakan bahawa AS membayar sebanyak AS$500 juta kepada badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
"Nampak agak tidak adil bagi saya, walaupun itu bukan sebab utama, saya putuskan untuk keluar... China membayar AS$39 juta, manakala kami membayar AS$500 juta dan China adalah negara yang lebih besar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#perintah eksekutif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan