awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India

Bernama
Bernama
16/05/2025
12:15 MYT
Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Trump berkata: "Saya berkata kepadanya, Tim, anda kawan saya. Saya melayan anda dengan sangat baik. Anda datang ke sini dengan US$500 bilion tetapi sekarang anda membina kilang di merata India." - Gambar Reuters
SAN JOSE: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS, sambil mengkritik peningkatan pengeluaran syarikat itu di India, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bercakap pada satu majlis di Qatar pada Khamis, Trump berkata: "Saya berkata kepadanya, Tim, anda kawan saya. Saya melayan anda dengan sangat baik. Anda datang ke sini dengan US$500 bilion tetapi sekarang anda membina kilang di merata India."
Beliau menambah bahawa beliau tidak mahu Apple mengeluarkan produk di India - kecuali bagi peranti yang ditujukan untuk pasaran India.
Gesaan daripada pentadbiran Trump supaya Apple memasang iPhone di AS semakin meningkat, walaupun pakar mengatakan langkah sedemikian memerlukan pelaburan besar dan berkemungkinan menyebabkan harga lebih tinggi bagi pengguna.
Di bawah kepimpinan Cook, Apple telah membangunkan rangkaian bekalan yang meluas di seluruh Asia, dengan kebanyakan pengeluaran berpusat di China. Namun, gangguan semasa sekatan COVID-19 di China mendorong syarikat itu untuk mengembangkan pengeluarannya di India dan Vietnam.
Di tengah-tengah rancangan tarif baharu Trump, Apple telah menyusun semula logistiknya bagi pasaran AS.
Kebanyakan iPhone yang dijual di AS kini dijangka dihasilkan dari India, manakala iPad, Mac dan Apple Watch hampir sepenuhnya akan diperoleh dari Vietnam - dua negara yang dijangka mendapat manfaat daripada tarif lebih rendah berbanding China.
Setiausaha Perdagangan Trump, Howard Lutnick, baru-baru ini berkata Cook memberi jaminan bahawa Apple akan memulakan pengeluaran iPhone di AS sebaik sahaja lengan robotik yang cukup tepat tersedia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Apple
#Donald Trump
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan