awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump mahu hos Fox News yang dituduh anti-Islam kembali ke udara

Agensi
Agensi
17/03/2019
22:14 MYT
Trump mahu hos Fox News yang dituduh anti-Islam kembali ke udara
Trump berpesan kepada Fox News supaya terus kuat dan terus berjuang dengan penuh semangat.
Seorang pengacara Fox News, Jeanine Pirro telah disekat dari ke udara susulan kenyataan anti-Islamnya terhadap Ahli Kongres wanita Islam Amerika Syarikat, Ilhan Omar, minggu lalu.
Bagaimanapun, keputusan itu dibantah oleh Presiden AS Donald Trump yang mahukannya kembali ke udara selepas melihat rancangannya, 'Justice with Judge Jeanine' tidak bersiaran yang dijadualkan Sabtu malam, tidak bersiaran.
"Kembalikan @JudgeJeanine Pirro. Demokrat radikal berhaluan kiri berkerja rapat dengan rakan tersayang mereka, iaitu Berita 'Fake News', menggunakan segala tipu helah dalam buku untuk mendiamkan majoriti (rakyat) negara ini.
"Mereka sedang berkempen habis-habisan menentang hos Fox News yang telah melakukan kerja dengan sangat baik," kata Trump menerusi kenyataan di Twitternya pada Ahad.
Bring back @JudgeJeanine Pirro. The Radical Left Democrats, working closely with their beloved partner, the Fake News Media, is using every trick in the book to SILENCE a majority of our Country. They have all out campaigns against @FoxNews hosts who are doing too well. Fox .....
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) March 17, 2019
....must stay strong and fight back with vigor. Stop working soooo hard on being politically correct, which will only bring you down, and continue to fight for our Country. The losers all want what you have, dont give it to them. Be strong & prosper, be weak & die! Stay true....
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) March 17, 2019
....to the people that got you there. Keep fighting for Tucker, and fight hard for @JudgeJeanine. Your competitors are jealous - they all want what youve got - NUMBER ONE. Dont hand it to them on a silver platter. They cant beat you, you can only beat yourselves!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) March 17, 2019
Beliau juga berpesan kepada Fox News supaya terus kuat dan terus berjuang dengan penuh semangat.
"Terus berjuang untuk Tucker, dan berjuang kuat untuk @JudgeJeanine," katanya. "Pesaing anda cemburu - mereka semua mahu apa yang anda miliki - (menjadi) NOMBOR SATU. Jangan menyerahkannya kepada mereka begitu sahaja. Mereka tidak dapat mengalahkan anda, hanya anda boleh kalahkan diri anda sendiri!"
Pirro, 67 tahun, dalam kenyataannya minggu lalu menyifatkan pegangan Ilhan Omar terhadap Islam 'bertentangan dengan perlembagaan Amerika'.
"Fikirkan... adakah kepatuhannya terhadap Islam melambangkan kepatuhannya terhadap undang-undang Syariah, yang dengan sendirinya bertentangan dengan Perlembagaan Amerika Syarikat?"
Pirro kemudian mempertahankan kenyataannya, sambil berkata niatnya cuma untuk "mengajukan pertanyaan dan memulakan perbahasan."
"Sudah tentu, anda seorang Muslim tidak bermakna anda tidak menyokong Perlembagaan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Ahli Kongres wanita Islam Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Donald Trump Fox News
#Donald Trump Jeanine Pirro
#Ilhan Omar
#Jeanine Pirro
#Justice with Judge Jeanine
#kenyataan anti-Islam
#pengacara Fox News
#Presiden AS Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan