awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump menyebut 'Biden' 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, kebanyakan dengan nada negatif - Laporan

Bernama
Bernama
31/03/2025
10:44 MYT
Trump menyebut 'Biden' 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, kebanyakan dengan nada negatif - Laporan
Trump menyedari tahap populariti Biden yang semakin merosot, justeru beliau sentiasa berusaha untuk mengingatkan rakyat mengenai keadaan negara yang diwarisinya. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan telah menyebut nama bekas presiden Joe Biden, sekurang-kurangnya 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, dengan hampir kesemuanya dalam konteks negatif, menurut analisis yang diterbitkan oleh The New York Times dan dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.
Dalam tempoh itu, Trump menyebut nama "Biden" secara purata 6.32 kali sehari, menjadikannya antara istilah yang paling kerap digunakannya. Malah, beliau dilaporkan menyebut "Biden" lebih kerap berbanding "Amerika".
Penganalisis politik daripada Parti Demokrat, James Carville, berpendapat bahawa tindakan Trump itu bertujuan untuk membentuk persepsi awam terhadap sebarang kemungkinan masalah ekonomi yang mungkin timbul susulan dasar perdagangan yang dilaksanakannya.
Sementara itu, pakar strategi Republikan, Kellyanne Conway berpandangan bahawa Trump menyedari tahap populariti Biden yang semakin merosot, justeru beliau sentiasa berusaha untuk mengingatkan rakyat mengenai keadaan negara yang diwarisinya.
Dalam perkembangan berkaitan, semasa tahun pertama pentadbirannya, Biden dilihat mengelak daripada menyebut nama Trump secara langsung dan sebaliknya merujuk kepada beliau sebagai "lelaki sebelum ini".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#pentadbiran
#Joe Biden
#konteks negatif
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan