awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Trump minta Walmart "tanggung kos tarif" di sebalik potensi kenaikan harga

Bernama
Bernama
18/05/2025
13:45 MYT
Trump minta Walmart "tanggung kos tarif" di sebalik potensi kenaikan harga
Trump mengkritik Walmart kerana mencadangkan kenaikan harga susulan peningkatan tarif, sambil menuntut syarikat itu "menanggung kos tarif" dan tidak membebankan pelanggan. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu mengkritik syarikat peruncitan gergasi Walmart kerana mencadangkan kenaikan harga susulan peningkatan tarif, sambil menuntut syarikat itu "menanggung kos tarif" dan tidak membebankan pelanggan, lapor Xinhua.
Trump menggesa Walmart, peruncit terbesar di AS, untuk "TANGGUNG KOS TARIF" dan mengekalkan harga rendah. "Saya akan memantau, begitu juga pelanggan anda," tulisnya.
Walmart, yang terkenal dengan penjualan barangan pada harga berpatutan dan memiliki lebih 4,000 cawangan di seluruh negara, menyatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Doug McMillon, pada Khamis berkata tarif baharu yang dikenakan, walaupun pada kadar yang dikurangkan baru-baru ini, akan memaksanya menaikkan harga tidak lama lagi.
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan harga serendah mungkin," katanya, namun memberi peringatan bahawa syarikat itu tidak dapat "menyerap semua tekanan" akibat tarif berkenaan.
Dalam satu kenyataan selepas kenyataan Trump, jurucakap Walmart Molly Blakeman berkata: "Kami sentiasa berusaha memastikan harga serendah mungkin dan tidak akan berhenti. Kami akan mengekalkan harga serendah yang boleh selama mungkin, mengambil kira realiti marjin peruncitan yang kecil."
Menurut Ketua Pegawai Kewangan Walmart, John David Rainey, satu pertiga daripada produk Walmart diperoleh dari luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif AS
#Donald Trump
#kos tarif
#Walmart
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami