awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
e-Invois fasa 4, STSDS fasa bermula esok, pemangkin reformasi percukaian digital negara
PM Albanese puji semangat rakyat Australia susulan serangan di Bondi Beach
Sindiket pekerjaan Myawaddy: Mangsa dibiar kelaparan, dipukul dengan besi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump nafi bertanggungjawab cetus rusuhan ganas di Capitol

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2021
23:00 MYT
Trump nafi bertanggungjawab cetus rusuhan ganas di Capitol
Dakwa Trump, apa yang dikatakan dalam ucapannya tempoh hari kepada penyokongnya adalah sesuatu yang sangat wajar. -AP Newsroom
WASHINGTON DC:Presiden Donald Trump menafikan beliau memainkan peranan sehingga tercetus rusuhan ganas di bangunan Capitol minggu lalu.
Dakwa Trump, apa yang dikatakan dalam ucapannya tempoh hari kepada penyokongnya adalah sesuatu yang sangat wajar.
“Oleh itu, jika anda membaca ucapan saya dan banyak orang telah melihat ucapan saya di akhbar dan media.
"Ia dianalisis dan orang berpendapat bahawa apa yang saya katakan itu benar-benar sesuai.
“Jika anda melihat apa yang orang lain katakan, ahli politik lain yang menyebabkan rusuhan mengerikan di Portland, Seattle dan pelbagai tempat lain, itu adalah masalah sebenar.
“Tetapi mereka menganalisis ucapan dan kata-kata dalam perenggan terakhir saya, ayat terakhir saya, dan semua orang menganggapnya betul,” tegasnya.
Dalam pada itu, Trump yang dilihat muncul dalam satu majlis dengan orang awam buat kali pertama selepas insiden di Capitol mencabar bakal presiden Joe Biden untuk meneruskan rancangan penyingkirannya mengikut Pindaan 25.
“Pindaan ke-25 tidak berisiko bagi saya, tetapi akan kembali menghantui Joe Biden dan pentadbirannya.
“Berhati-hatilah dengan apa yang anda mahukan.
"Penipuan dalam misi penyingkiran ini adalah merupakan sihir terhebat dalam sejarah negara kita dan ini menimbulkan kemarahan, perpecahan dan keperitan yang luar biasa.
"Jauh lebih besar daripada yang akan difahami oleh kebanyakan orang, yang sangat berbahaya bagi Amerika Syarikat, terutama pada masa yang sangat rapuh ini,” jelasnya.
Sebelum ini, beberapa minit sebelum penyokongnya menyerbu Capitol, Trump mendorong mereka untuk berarak di bangunan itu ketika penggubal undang-undang menghitung semula undi electoral college yang mengesahkan kemenangan Biden.
Trump, selama berbulan-bulan juga menyebarkan dakwaan tidak berasas bahawa pilihan raya November lalu adalah satu penipuan.
Serangan di bangunan Capitol minggu lalu telah mengakibatkan lima orang maut.
Mangsa terdiri daripada seorang pegawai polis yang bertugas di bangunan tersebut serta seorang wanita yang ditembak ketika rusuhan.
Tiga yang lain meninggal dunia dalam keadaan kecemasan perubatan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Capitol
#nafi bertanggungjawab
#rusuhan ganas
#Joe Biden
#penyokong serbu Capitol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan