Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan lawan politiknya Joe Biden sebagai calon terburuk dalam sejarah politik presiden negara itu.

Ini kerana, menurutnya, beliau lebih banyak melakukan perubahan dalam tempoh 47 bulan sebagai presiden berbanding Biden iaitu 47 tahun.

Trump juga mendakwa, calon daripada Parti Demokrat, Kamala Harris akan dilantik sebagai presiden jika Biden menang dalam pilihan raya kali ini.

Dakwanya, Biden hanya diberi tanggungjawab sebagai tokoh negarawan sebaliknya Harris akan memegang tampuk pemerintahan AS.

Dalam pilihan raya lalu 2016, Trump gagal memenangi Nevada daripada Hillary Clinton memandangkan wilayah itu cenderung ke arah Demokrat sejak berdekad lalu.

Trump bagaimanapun tidak berputus asa dengan melabur di negeri itu bagi meraih undi dalam pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Demokrat lebih terarah kepada kempen secara maya sebagai usaha mengekang penularan COVID-19.