awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump sifatkan keputusan EU tidak bertindak balas terhadap tarif sebagai 'sangat bijak'

Bernama
Bernama
11/04/2025
04:50 MYT
Trump sifatkan keputusan EU tidak bertindak balas terhadap tarif sebagai 'sangat bijak'
Walaupun memuji tindakan EU, Trump mengulangi dakwaannya bahawa EU ditubuhkan hanya untuk mengambil kesempatan terhadap AS. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuji keputusan Kesatuan Eropah (EU) untuk tidak bertindak balas segera terhadap tarif dikenakan oleh AS dan menyifatkannya sebagai "sangat bijak."
Beliau berkata EU telah bersedia untuk mengumumkan langkah balas terhadap tarif yang dikenakannya, namun selepas melihat bagaimana AS menangani isu perdagangan dengan China, EU membuat keputusan untuk "menangguhkan tindak balas buat sementara waktu".
"Saya fikir mereka sangat bijak," katanya semasa mesyuarat kabinet, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ditanya sama ada beliau melihat EU sebagai satu entiti tunggal atau sebagai negara individu semasa rundingan, Trump berkata: "Kami melihatnya sebagai satu blok."
Walaupun memuji tindakan EU, Trump mengulangi dakwaannya bahawa EU ditubuhkan hanya untuk mengambil kesempatan terhadap AS.
Pada Rabu, Trump secara mengejut menangguhkan tarif khas terhadap kebanyakan negara, kecuali China selama 90 hari.
Sebagai tindak balas, EU turut menggantung tindakan balasnya yang telah diluluskan selama hampir tiga bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#EU
#tarif AS
#tindak balas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan