awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tandatangan perintah naikkan tarif Brazil kepada 50 peratus

Bernama
Bernama
31/07/2025
02:10 MYT
Trump tandatangan perintah naikkan tarif Brazil kepada 50 peratus
Trump sebelum ini memberi amaran untuk mengenakan tarif 50 peratus sekiranya Presiden Luiz Inacio Lula da Silva tidak menghentikan perbicaraan terhadap Bolsonaro. - Gambar fail
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menandatangani perintah eksekutif baharu yang mengenakan tarif sebanyak 50 peratus ke atas eksport Brazil, dengan pengecualian diberikan kepada beberapa produk terpilih, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Rumah Putih dalam kenyataannya berkata keputusan itu bertujuan menangani "dasar, amalan dan tindakan terkini oleh Kerajaan Brazil yang membentuk ancaman luar biasa terhadap keselamatan negara, dasar luar dan ekonomi AS."
Langkah itu dibuat di tengah-tengah perbicaraan yang sedang berlangsung terhadap bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro, sekutu politik rapat Trump yang berdepan tuduhan cuba merancang rampasan kuasa.
Perintah itu menggambarkan prosiding undang-undang terbabit sebagai satu bentuk penganiayaan politik, dengan menegaskan bahawa Bolsonaro dituduh secara tidak adil atas beberapa kesalahan.
Walaupun tarif yang dikenakan bersifat menyeluruh, perintah itu mengecualikan beberapa produk termasuk pesawat awam dan komponennya -- yang dijangka memberi manfaat kepada syarikat aeroangkasa Brazil, Embraer -- serta pulpa kayu, logam berharga, produk tenaga, baja dan jus oren.
Tarif berkenaan dijadual berkuat kuasa pada 6 Ogos, selepas tempoh pelaksanaan selama tujuh hari.
Trump sebelum ini memberi amaran untuk mengenakan tarif 50 peratus sekiranya Presiden Luiz Inacio Lula da Silva tidak menghentikan perbicaraan terhadap Bolsonaro.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brazil
#tarif AS
#Donald Trump
#Luiz Inacio Lula da Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan