Amerika Syarikat tidak akan menghukum Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman selain tidak menghentikan jualan senjata kepada Arab Saudi berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.
Sambiul menyifatkan pembunuhan Khashoggi sebagai satu jenayah buruk yang tidak boleh dimaafkan, Presiden Donald Trump melihat Arab Saudi sebagai pakatan yang baik.
Ujar Trump, pembatalan berbilion jualan senjata AS ke atas negara itu hanya akan memberi manfaat kepada China dan Russia.
Keputusan itu diumumkan Trump menerusi satu kenyataan sebelum beliau bercuti di Florida.
Pihak berkuasa risikan AS membuat keputusan bahawa Salman telah mengarahkan pembunuhan pada 2 Oktober lalu.
Trump dalam kenyataan pada Selasa berkata Raja Arab Saudi dan putera mahkota membuat penafian sangat hebat berhubung pelan pembunuhan Khashoggi.
"Pihak risikan AS akan meneruskan siasatan semua maklumat yang ada tetapi ia sangat jelas bahawa putera mahkota mengetahui mengenai kejadian tragik ini. Mungkin dia melakukannya dan mungkin tidak," kata Trump.
Agensi
Tue Nov 20 2018

Ujar Trump, pembatalan berbilion jualan senjata AS ke atas negara itu hanya akan memberi manfaat kepada China dan Russia.

Sukan Komanwel | Prestasi hebat Malaysia menjanjikan tujuh pingat emas
Wartawan Astro ARENA, Fina Nasrom yang membuat rangkuman Sukan Komanwel 2022 edisi Birmingham yang menutup tirai pada jam 3 pagi Selasa melaporkan, pingat emas ketujuh yang berjaya dirangkul beregu utama wanita negara Pearly Tan - M.Thinaah selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang juga perlawanan penutup menjadi satu kenangan manis buat kontinjen negara.

Krisis Rusia-Ukraine | Ukraine didakwa bedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia
Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mendakwa Ukraine membedil stesen jana kuasa nuklear Zaporizhzhia, stesen terbesar di Eropah semalam.

Letupan | Kanak-kanak 4 tahun maut di Thorton Heath
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut di selatan London pada Isnin selepas berlakunya letupan di dalam rumah, dipercayai akibat kebocoran gas. Menurut pihak berkuasa, sebuah rumah teres, yang terletak di Thornton Heath itu musnah susulan kejadian letupan yang turut merosakkan harta benda kediaman berhampiran.

Pembukaan Sempadan | Bantuan kemanusiaan kembali memasuki Gaza
Selepas ditutup minggu lalu, Israel kembali membuka pintu sempadan daratnya ke Gaza. Bagaimanapun, pembukaan sempadan tidak dibuat sepenuhnya dan hanya kepada pasukan misi bantuan kemanusiaan sahaja.

Kes Pergaduhan | 9 cedera dalam kejadian tembakan di Cincinnati
Sembilan orang cedera termasuk seorang wanita dalam kejadian tembakan di luar sebuah bar di Cincinnati pada Ahad.

Protes | Penduduk marah bekalan elektrik terputus
Protes tercetus di bandar Basra Iraq apabila bekalan elektrik terputus ketika negara itu turut berdepan cuaca panas melampau.

Akaun Telegram Saifuddin Abdullah pula digodam
Saifuddin berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

Inflasi | Belum boleh eksport ayam ke luar negara
Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan mendengar pandangan peniaga dan pembekal ayam yang berharap agar sekatan eksport dapat dilonggarkan. Beliau berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, beberapa pihak mengatakan bahawa terdapat lebihan bekalan ayam bagi kegunaan domestik.

Jawatan TPM | Azmin hanya fokus pulihkan ekonomi, tangani COVID-19
Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengelak daripada menjawab dakwaan nama beliau dikaitkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri. Sebaliknya, Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fokus beliau dan rakan-rakan dalam Bersatu hanya untuk memulihkan semula ekonomi dan menangani COVID-19.

Politik | Bersatu, PN komited perkukuh kerajaan sedia ada - Azmin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperkukuhkan kerajaan sedia ada, demikian jelas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rusia sedia bincang pertukaran tahanan dengan AS - Lavrov
Terdapat satu saluran khas yang dipersetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden AS Joe Biden dan masih relevan.

Ketegangan China-AS: Malaysia perlu proaktif desak penyelesaian aman - Penganalisis politik
Malaysia selaku anggota negara ASEAN perlu aktif menyuarakan desakan untuk satu penyelesaian secara aman dilakukan.

Ekonomi Malaysia 2023: Sedia bertindak tangani impak risiko luar - Tengku Zafrul
Beliau pada masa sama yakin ekonomi Malaysia pada tahun ini akan kekal dengan pertumbuhan positif disebalik kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat (AS).

Cacar monyet: White House ikrar perangi jangkitan
Lebih 1.1 juta dos vaksin kini tersedia dan kapasiti diagnostik domestik dipertingkat kepada 80,000 ujian setiap minggu.

LGBT: Perniagaan asing di Singapura diingatkan supaya berhati-hati
"Ia adalah suatu isu yang hanya boleh bincangkan oleh rakyat Singapura."

Ketegangan AS-China dijangka tidak beri kesan besar kepada Malaysia
Dasar berkecuali Malaysia dilihat dapat mengimbangi dan mengurangkan kesan kepada negara susulan ketegangan melibatkan dua kuasa besar itu.

AS mampu main peranan imbangi kuasa dominan China di rantau ini
Kehadiran AS juga mampu memainkan peranan sebagai pengimbang terhadap kuasa China yang dominan di rantau ini.

Pelosi tinggalkan Taiwan, destinasi seterusnya Korea Selatan
Pelosi, diiringi lima ahli kongres AS, menaiki pesawat Tentera Udara AS ke Korea Selatan pada lewat petang Rabu untuk destinasi keempat jelajah Asianya.

Jabatan Negara AS lulus penjualan senjata kepada Arab Saudi, UAE
Di bawah syarat perjanjian pertama, Arab Saudi akan membeli peluru berpandu Patriot bernilai US$3.05 bilion.

Pelosi ke Taiwan: Tiada sebab untuk China tingkatkan ketegangan - AS
Washington menjangkakan China akan bersedia untuk "bertindak balas dalam tempoh jangka panjang.