awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tetapkan 15 September tarikh akhir penjualan atau penutupan TikTok

Agensi
Agensi
03/08/2020
22:20 MYT
Trump tetapkan 15 September tarikh akhir penjualan atau penutupan TikTok
Trump mengugut untuk menutup aplikasi berkenaan kerana mendakwa ia mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan Beijing dan isu penapisan. - REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menetapkan 15 September depan sebagai tarikh akhir untuk aplikasi TikTok untuk dijual kepada syarikat AS atau beliau akan menutupnya.
Trump berkata ia merupakan satu perjanjian yang akan dibuat kerana aplikasi tersebut merupakan satu aset.
“Bagaimanapun, ia bukan satu aset yang besar di AS melainkan mereka mendapat persetujuan daripada AS.
“Oleh itu, ia akan ditutup pada 15 September, melainkan Microsoft atau syarikat lain dapat membelinya dan membuat perjanjian yang sesuai,” kata Trump.
Ia berlaku selepas Trump mengugut untuk menutup aplikasi berkenaan kerana mendakwa ia mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan Beijing selain isu penapisan.
BACA: TikTok akan diharamkan di Amerika Syarikat - Trump
Microsoft Corp sedang menggiatkan rundingan lanjut untuk pembelian aplikasi media sosial China itu daripada syarikat pemilik ByteDance.
Microsoft berkata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Corp Satya Nadella telah berbincang dengan Trump mengenai perkara tersebut.
BACA: Rundingan pembelian TikTok diteruskan, Trump beri masa 45 hari
Syarikat teknologi gergasi itu menjangkakan perbincangan dengan TikTok akan berakhir selewat-lewatnya pada 15 September depan, sama ada dapat mencapai satu perjanjian atau tidak.
TikTok, yang dimiliki oleh startup ByteDance dan berpangkalan di Beijing, berulang kali dikritik oleh pemimpin politik AS yang menuduh aplikasi video pendek itu mengancam keselamatan negara kerana hubungannya dengan China.
Populariti TikTok melonjak di AS dan negara-negara barat lain, sekali gus menjadi platform media sosial China pertama yang memiliki daya tarikan yang signifikan dengan pengguna dari luar negara asal.
Dianggarkan sekitar 65 juta pengguna aktif aplikasi TikTok setiap bulan di AS.
Topic Berkaitan
#ByteDance
#China
#Donald Trump
#Microsoft Corp
#penjualan
#penutupan
#Presiden Amerika Syarikat
#Satya Nadella
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan