awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tidak lagi desak gencatan senjata serta-merta di Ukraine

Bernama
Bernama
16/08/2025
15:15 MYT
Trump tidak lagi desak gencatan senjata serta-merta di Ukraine
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, tidak lagi mendesak pelaksanaan segera gencatan senjata dalam perang Ukraine. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, tidak lagi mendesak pelaksanaan segera gencatan senjata dalam perang Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, berjalan dengan baik, begitu juga panggilan telefon lewat malam dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, serta beberapa pemimpin Eropah termasuk Setiausaha Agung NATO yang sangat dihormati," tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social, pada Sabtu.
Beliau berkata semua pihak bersetuju bahawa jalan terbaik ke hadapan adalah mencapai "perjanjian damai" untuk menamatkan perang dan bukannya "perjanjian gencatan senjata semata-mata" yang selalunya tidak berkekalan.
Trump menulis mengenai "hari yang hebat dan sangat berjaya di Alaska".
Beliau berkata Zelensky kini akan datang ke Washington, dan jika semuanya berjalan lancar, mesyuarat dengan Putin akan diatur selepas itu.
Sebelum pertemuannya dengan Putin pada Jumaat, Trump masih lagi menekan untuk gencatan senjata segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden AS Donald Trump
#gencatan senjata
#Ukraine
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan