Trump ugut sekat dana persekutuan jika Zohran Mamdani menang pilihan raya Datuk Bandar New York

Mamdani berpotensi menjadi Datuk Bandar Muslim pertama, serta individu pertama kelahiran Afrika dan berketurunan Asia Selatan yang memimpin bandar itu. - Foto REUTERS
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengeluarkan kenyataan kontroversi menjelang pilihan raya Datuk Bandar New York dengan menyatakan bahawa beliau akan menyekat dana persekutuan kepada bandar itu sekiranya calon Demokrat, Zohran Mamdani, memenangi jawatan tersebut.
Ringkasan AI
- Presiden AS Donald Trump menyatakan akan menyekat dana persekutuan kepada New York City jika calon Demokrat, Zohran Mamdani, menang pilihan raya.
 - Mamdani memimpin tinjauan dengan 45.8%, menewaskan Andrew Cuomo dan Curtis Sliwa; beliau berpotensi menjadi Datuk Bandar Muslim pertama dan berketurunan Asia Selatan.
 - Mamdani berkempen dengan janji sosial progresif, manakala Cuomo menolak ideologi sosialis dan mendapat sokongan jutawan seperti Bill Ackman.
 
Menurut tinjauan RealClearPolitics terkini, Mamdani memperoleh 45.8 peratus sokongan, meninggalkan Cuomo dengan 31.1 peratus dan Sliwa dengan 17.3 peratus.
Kempen Mamdani yang bersemangat dan pelbagai bahasa telah menarik perhatian warga New York dengan janji seperti pengangkutan awam percuma, pembekuan sewa, dan penjagaan kanak-kanak universal yang dibiayai melalui cukai ke atas golongan kaya.
Beliau juga berpotensi menjadi Datuk Bandar Muslim pertama, serta individu pertama kelahiran Afrika dan berketurunan Asia Selatan yang memimpin bandar itu.
Sementara itu, Cuomo menumpukan kempen terakhirnya kepada penolakan ideologi sosialis Mamdani, menyamakan cadangan lawannya dengan kegagalan kerajaan kiri di Amerika Latin.
Beliau turut menerima sokongan daripada tokoh jutawan seperti pengurus dana Bill Ackman, yang menyumbang AS$750,000 melalui super PACs.
Pilihan raya kali ini menarik perhatian global dengan lebih 735,000 undi awal direkodkan dalam tempoh sembilan hari, empat kali ganda berbanding jumlah undi awal pada tahun 2021.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


