WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pelantikan Setiausaha Kakitangan White House Will Scharf sebagai Penasihat Undang-Undang White House, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Dengan sukacita, saya mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 September, Will Scharf akan menjadi Penolong Presiden dan Penasihat Undang-Undang White House, menggantikan David Warrington yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sebagai Penasihat Undang-Undang White House dan sebelum itu dalam kempen pilihan raya presiden saya.
“David akan beralih ke sektor swasta,” kata Trump menerusi Truth Social.
Tanggungjawab Penasihat Undang-Undang White House termasuk memberikan nasihat kepada Presiden AS dan pentadbirannya mengenai perkara berkaitan undang-undang, termasuk penyediaan perintah eksekutif, arahan serta keputusan presiden yang lain.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI