awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengusaha diberi tempoh hingga Oktober hentikan jualan vape di Perak
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump yakin tebusan Gaza dibebaskan dalam masa terdekat

Agensi
Agensi
05/10/2025
22:00 MYT
Trump yakin tebusan Gaza dibebaskan dalam masa terdekat
Trump yakin tebusan yang ditahan di Gaza akan mula dibebaskan dalam masa terdekat susulan rundingan damai tidak langsung antara Hamas dan Israel yang dijadual berlangsung di Mesir pada Isnin. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan keyakinan bahawa tebusan yang ditahan di Gaza akan mula dibebaskan dalam masa terdekat susulan rundingan damai tidak langsung antara Hamas dan Israel yang dijadual berlangsung di Mesir pada Isnin.
Rundingan itu berlangsung selepas Hamas bersetuju dengan beberapa perkara dalam pelan damai 20 perkara yang dikemukakan Amerika Syarikat, termasuk pembebasan tebusan dan penyerahan pentadbiran Gaza kepada teknokrat Palestin.
Namun, Hamas mahu isu lain dirundingkan kemudian.
Bagaimanapun, maklum balas Hamas tidak menyentuh dua tuntutan utama iaitu pelucutan senjata dan ketiadaan peranan masa depan kumpulan itu dalam pentadbiran Gaza.
“Kami tidak perlukan fleksibiliti kerana hampir semua pihak sudah bersetuju, tetapi pasti akan ada beberapa perubahan,” kata Trump kepada media.
Beliau menambah, rundingan sedang berjalan dengan baik dan menyifatkannya sebagai satu perjanjian baik untuk Israel, dunia Arab, dunia Islam dan seluruh dunia.
Walaupun Trump sebelum ini menggesa Israel menghentikan serangan udara, serangan masih diteruskan pada hujung minggu.
Jurucakap kerajaan Israel, Shosh Bedrosian menegaskan, tiada gencatan senjata dilaksanakan setakat ini, sebaliknya, arahan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu ialah untuk membalas serangan bagi tujuan pertahanan.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas, 65 lagi penduduk terkorban dalam tempoh 24 jam terakhir.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, pula menekankan bahawa pengeboman perlu dihentikan bagi memudahkan pembebasan tebusan.
Pelan damai itu mencadangkan pengakhiran segera pertempuran dan pembebasan 48 tebusan – hanya 20 daripadanya disahkan masih hidup – sebagai pertukaran dengan ratusan tahanan Palestin.
Netanyahu sebelum ini menyatakan harapan bahawa pengumuman pembebasan tebusan dapat dibuat dalam beberapa hari lagi.
Israel juga menghantar delegasi ke Kaherah untuk rundingan penting itu, manakala Hamas akan diwakili ketua perundingnya, Khalil al-Hayya.
Turut hadir, Utusan Khas AS, Steve Witkoff; menantu Trump, Jared Kushner dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.
Penganalisis menyifatkan kesediaan Hamas untuk hadir ke meja rundingan tanpa syarat jelas sebagai tanda tekanan luar serta pengakuan terhadap kekangan selepas hampir dua tahun perang.
Namun, ramai rakyat Gaza bimbang kelewatan setiap hari hanya membawa lebih banyak korban, kemusnahan dan penderitaan.
Trump dalam kenyataan berasingan memberi amaran Hamas akan berdepan “penghapusan total” jika masih mahu mengekalkan kuasa di Gaza.
Setakat ini, lebih 67,000 orang dilaporkan terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel sejak perang tercetus pada 7 Oktober 2023.
Dengan rundingan Mesir dilihat paling penting sejak konflik bermula, dunia kini menunggu sama ada peluang mencapai gencatan senjata akhirnya dapat direalisasikan. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gencatan senjata Gaza
#pembebasan tebusan
#israel serang gaza
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan