DOHA: QatarEnergy pada Rabu mengumumkan bahawa ia telah mengisytiharkan force majeure kepada pembeli yang terjejas susulan keputusan awal untuk menghentikan pengeluaran gas asli cecair (LNG) serta produk berkaitan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Dalam satu kenyataan, QatarEnergy berkata pihaknya menghargai hubungan dengan semua pihak berkepentingan dan akan terus memberikan maklumat terkini apabila maklumat lanjut tersedia.
Advertisement
-- BERNAMA-QNA