INTERNATIONAL
Tsunami melanda Pantai Barat Anyer, Indonesia, sekurang-kurangnya 20 terkorban

Peta menunjukkan keadaan sekitar kawasan yang terjejas akibat tsunami susulan letusan Gunung Anak Krakatau.
Seramai 20 orang terkorban, 165 orang cedera, dua hilang dan puluhan lagi bangunan musnah apabila kejadian tsunami melanda Anyer, Banten di Indonesia.
Gelombang tinggi dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar jam 9.27 malam (waktu tempatan) pada Sabtu.
Memetik laporan detik.com, Ketua Pusat Data & Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata jumlah korban dan mangsa yang cedera akan terus bertambah apabila semua maklumat diterima.
[ KEMAS KINI, 3.36 ptg: Jumlah korban meningkat lebih 160 ]
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami