awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh bayi baru lahir maut dalam kebakaran di Delhi

Bernama
Bernama
26/05/2024
09:30 MYT
Tujuh bayi baru lahir maut  dalam kebakaran di Delhi
Kebakaran itu dilaporkan bermula selepas sebuah silinder oksigen meletup. - Gambar hiasan/Unsplash
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh bayi baru lahir maut dan lima lagi cedera apabila sebuah pusat penjagaan bayi di kawasan Vivek Vihar, timur Delhi terbakar lewat malam Sabtu, seorang pegawai Perkhidmatan Bomba Delhi (DFS) mengesahkan perkara itu kepada Xinhua pada Ahad.
Salah seorang yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan serius. Bayi yang cedera telah dipindahkan ke hospital lain.
Kebakaran itu dilaporkan bermula selepas sebuah silinder oksigen meletup. Tidak lama kemudian, asap tebal menyelubungi seluruh bangunan, menyebabkan kekecohan di dalamnya, kata seorang saksi.
Klip video menunjukkan bayi-bayi baru lahir diselamatkan dan dibawa turun oleh pegawai DFS dengan bantuan tangga.
Dalam satu kebakaran sebuah rumah bertingkat di kawasan Krishna Nagar, timur Delhi, tiga mangsa maut dan tiga lagi cedera.
Kebakaran, yang bermula dari kawasan parkir di tingkat bawah, merosakkan lebih 10 kenderaan dua roda sebelum merebak ke tingkat satu bangunan, kata seorang pegawai DFS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tujuh bayi baru lahir maut
#kebakaran
#New Delhi
#ilinder oksigen meletup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan