awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh maut dalam nahas helikopter di utara India

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2025
05:29 MYT
Tujuh maut dalam nahas helikopter di utara India
Helikopter dalam penerbangan dari Kedarnath ke Guptkashi dipercayai terhempas akibat jarak penglihatan terhad disebabkan cuaca buruk di kawasan Lembah Kedarnath. -Gambar hiasan
NEW DELHI: Tujuh individu termasuk seorang juruterbang maut selepas sebuah helikopter terhempas berhampiran kuil Kedarnath di Uttarakhand, utara India, awal pagi Ahad.

Ringkasan AI
  • Tujuh individu termasuk seorang juruterbang maut selepas helikopter milik Aryan Aviation Pvt Ltd terhempas berhampiran kuil Kedarnath di Uttarakhand, India, awal pagi Ahad.
  • Helikopter dalam penerbangan dari Kedarnath ke Guptkashi dipercayai terhempas akibat jarak penglihatan terhad disebabkan cuaca buruk di kawasan Lembah Kedarnath.
  • Pasukan penyelamat telah digerakkan ke lokasi dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas, yang berlaku hanya beberapa hari selepas tragedi pesawat Air India di Ahmedabad.

Menurut laporan media tempatan yang dipetik agensi berita Xinhua, helikopter milik syarikat Aryan Aviation Pvt Ltd itu sedang dalam penerbangan dari Kedarnath ke Guptkashi sebelum terhempas di kawasan hutan di antara Gaurikund dan Trijuginarayan sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan.
Pegawai Pengurusan Bencana Daerah Rudraprayag, Nandan Singh Rajwar berkata, nahas dipercayai berpunca daripada jarak penglihatan yang terhad akibat cuaca buruk di kawasan Lembah Kedarnath.
“Kesemua tujuh mangsa termasuk enam penumpang dan juruterbang disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada agensi berita PTI.
Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri (SDRF) bersama agensi berkaitan telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas nahas pesawat Air India di Ahmedabad yang mengorbankan lebih 240 nyawa.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Uttarakhand
#Kedarnath ke Guptkashi
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan