awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh tentera Thai cedera dalam dua serangan bom di Takbai

Bernama
Bernama
02/06/2017
10:14 MYT
Tujuh tentera Thai cedera dalam dua serangan bom di Takbai
Letupan itu disebabkan oleh sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram yang diletak dalam motosikal dan diletup menggunakan walkie-talkie. - Google Maps
Tujuh anggota tentera Thailand cedera, tiga daripadanya parah dalam dua kejadian serangan bom di daerah Takbai, wilayah Narathiwat di selatan Thailand hari ini.
Ketua Polis Takbai Kol Pacharapon Na Nakhon berkata, kejadian pertama berlaku 9 pagi waktu tempatan berhampiran jambatan di Kampung Pulau Cek Muda menyebabkan tiga anggota tentera sedang menaiki trak pikap cedera parah.
"Letupan itu disebabkan oleh sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram yang diletak dalam motosikal dan diletup menggunakan walkie-talkie," katanya hari ini.
Ketiga-tiga anggota tentera itu katanya, bersama dua anggota yang lain sedang dalam perjalanan ke rumah bekas anggota militan di kampung berkenaan ketika bom buatan sendiri itu diletupkan.
Dalam kejadian kedua yang berlaku kira 800 meter dan setengah jam selepas kejadian pertama, empat anggota tentera cedera apabila sebutir bom dianggarkan seberat antara lima dan tujuh kilogram meletup ketika mereka sedang memeriksa jalan itu.
Menurut Pacharapon, bom itu dipercayai diledak menggunakan telefon bimbit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#letupan
#militan
#Narathiwat
#polis
#serangan
#Takbai
#tentera
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan