DUNIA
Tumpuan sidang media Trump-Netanyahu di White House

Presiden Trump (kanan) dan Perdana Menteri Netanyahu mengadakan sidang media bersama di White House, Washington selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu pada Isnin. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan sidang media bersama di White House, di sini, pada Isnin (waktu tempatan) dengan kedua-dua pemimpin itu bersetuju dengan cadangan 20 perkara mengenai masa depan Gaza.
Berikut antara tumpuan utama sidang media berkenaan:
* Trump menggesa pasukan pejuang Palestin, Hamas menerima terma pelan tersebut dan yakin kumpulan itu akhirnya akan bersetuju.
* Netanyahu menegaskan jika Hamas enggan menerima atau berpatah balik daripada perjanjian itu, Israel akan “menyelesaikan tugas itu sendiri.”* Netanyahu menyifatkan pelan tersebut sebagai laluan “realistik” ke hadapan di Gaza dan ia mencapai “matlamat peperangan” Israel.
* Pengunduran Israel dari Gaza akan dilakukan secara berperingkat dan bergantung kepada tahap pelucutan senjata Hamas.
* Trump dan Netanyahu pemimpin mengesahkan penubuhan sebuah badan pemantau antarabangsa, pembentukan kerajaan dipimpin Palestin, serta penghentian permusuhan di Gaza.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami