[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Tunang Jamal Khashoggi saman Putera Mahkota Arab Saudi

Astro Awani 20/10/2020 | 23:37 MYT
Cengiz menuntut kerugian dan kecederaan atas kematian Khashoggi. - Gambar fail
TUNANG Jamal Khashoggi memfailkan saman sivil ke atas Putera Mahkota Arab Saudi atas dakwaan mengarahkan pembunuhan kolumnis Washington Post itu.

Hatice Cengiz memfailkan saman tersebut di Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Dalam saman itu, Cengiz yang merupakan warga Turki menuntut kerugian dan kecederaan atas kematian Khashoggi.

Beliau mendakwa Khashoggi dibunuh atas arahan dari Putera Mohammed Salman.

Peguam mewakili Cengiz memaklumkan, saman difailkan bagi mendapatkan pembelaan ke atas pembunuhan Khashoggi.

Mereka juga mahu mendapatkan dokumen yang akan mendedahkan kebenaran di sebalik pembunuhan itu.

BACA: Pembunuh Khashoggi bebas hukuman mati, dipenjara 20 tahun

BACA: Gelak tawamu kekal dalam jiwaku - Tunang Khashoggi

Khashoggi dibunuh agen Arab Saudi ketika mengunjungi bangunan konsulat di Istanbul, Turki pada 2018.

Sehingga kini, mayatnya tidak ditemui.

BACA: AS mahu siasatan telus pembunuhan Jamal Khashoggi

BACA: Rakaman audio detik pembunuhan Jamal Khashoggi didedahkan

Khashoggi merupakan antara pengkritik tetap kerajaan Arab Saudi dan hidup dalam buangan di AS.

Putera Mohammed Salman bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dalam kes pembunuhan Khashoggi.

BACA: Tragedi Khashoggi sepatutnya diakui Arab Saudi sejak awal

BACA: Tunang Jamal Khashoggi tuntut ketelusan Arab Saudi

#Amerika Syarikat #Arab Saudi #Istanbul #Washington #saman #Jamal Khashoggi #tunang #Pembelaan #bunuh #Hatice Cengiz