awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunduk kepada Israel, banyak negara gagal lindungi rakyat sendiri - FFC

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
08/10/2025
00:00 MYT
Tunduk kepada Israel, banyak negara gagal lindungi rakyat sendiri - FFC
Huwaida (tengah) mengecam sikap berdiam diri banyak negara dan kerajaan dunia yang didakwa terus membiarkan Israel melaksanakan tindakan genosid terhadap rakyat Palestin.
FREEDOM Flotilla Coalition (FFC) mengecam sikap berdiam diri banyak negara dan kerajaan dunia yang didakwa terus membiarkan Israel melaksanakan tindakan genosid terhadap rakyat Palestin.
FFC pada masa sama mengutuk tindakan negara dan kerajaan dunia yang bertindak menafikan hak warganegara mereka sendiri yang belayar secara sah di perairan antarabangsa menuju ke Gaza.
Jawatankuasa Pemandu FFC, Huwaida Arraf berkata, tindakan sesetengah kerajaan yang gagal mempertahankan rakyat mereka daripada ancaman Israel adalah satu pengkhianatan terhadap prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
“Kami amat kesal apabila kerajaan-kerajaan global terus berdiam diri, membiarkan Israel bukan sahaja meneruskan genosid terhadap rakyat Palestin tetapi juga menafikan hak warganegara mereka sendiri yang belayar secara sah dan aman di perairan antarabangsa.
“Kami menyeru semua kerajaan agar menegakkan undang-undang antarabangsa dan melakukan perkara yang benar.
“Kegagalan ini bukan sahaja mengkhianati rakyat Palestin, tetapi turut mengorbankan keselamatan dan maruah warganegara mereka sendiri,” katanya menerusi sidang media dari atas kapal Conscience, pagi tadi.
Kapal Conscience merupakan kapal terbesar dan terbaharu dilancarkan dalam misi kemanusiaan FFC menuju ke Gaza.
Ia membawa 92 aktivis awam, termasuk wartawan dan petugas kesihatan dari pelbagai negara, dan berlayar bersama lapan lagi kapal layar di bawah inisiatif Thousand Madleens to Gaza (TMTG), menjadikan keseluruhan sembilan kapal kesemuanya.
Tambah Huwaida, misi kali ini didedikasikan khas untuk petugas perubatan dan wartawan, dua golongan yang menurutnya menjadi sasaran langsung dalam serangan berterusan Israel di Gaza.
“Mereka bukan sahaja diculik, diseksa dan dibunuh, tetapi diserang hanya kerana menjalankan tugas hakiki mereka,” tambahnya lagi.
Beliau turut menyatakan solidariti terhadap kru dan aktivitis dalam kapal Global Sumud Flotilla (GSF) dan Handala yang sebelum ini ditahan secara ganas oleh tentera Israel, serta mengingatkan bahawa kekejaman dan kekuatan ketenteraan tidak akan mematahkan semangat mereka.
“Semangat kami (para aktivis) bagi memperjuangkan hak asasi dan perjuangan sebenarnya lebih kuat berbanding kekuatan ketenteraan Israel dan sekutu-sekutunya.
“Kami akan meneruskan usaha ini sebagai solidariti global serta menghantar isyarat yang lebih tegas kepada pimpinan dunia yang masih bersekongkol dengan Israel,” katanya lagi.
Huwaida juga menegaskan misi mereka akan diteruskan sehingga sekatan haram Israel terhadap Gaza dipecahkan sepenuhnya, sambil menyeru sokongan masyarakat antarabangsa dan komuniti media global untuk tidak terus berdiam diri terhadap kekejaman yang berlaku.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#FFC
#Freedom Flotilla Coalition
#tunduk pada Israel
#Genosid Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami