NAYPYITAW: Tunjuk perasaan oleh aktivis antijunta di Myanmar masih berterusan.

Kali ini, protes merebak di kawasan pedalaman Yangon bagi mengelak bertembung dengan pihak berkuasa atau tentera.

Sejak bermulanya rampasan kuasa Februari lalu, serangan demi serangan dilancarkan ke arah penunjuk perasaan oleh pihak berkuasa sehingga menyaksikan peningkatan jumlah mangsa cedera.

Demonstrasi terbaharu menyaksikan penyertaan ratusan penunjuk perasaan.

Malah, mereka terus mendesak agar komuniti antarabangsa untuk menegakkan dasar R2P atau responsibility to protect susulan keganasan terhadap penunjuk perasaan yang tiada henti.

Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa maut akibat diserang pihak berkuasa juga meningkat sehingga 250 kematian setakat ini.

Kira-kira 2,345 penunjuk perasaan ditangkap dan didakwa manakala 1,994 yang lain masih ditahan atau dicari.