awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunjuk perasaan bantah undang-undang buruh baharu bertukar ganas

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2020
23:31 MYT
Tunjuk perasaan bantah undang-undang buruh baharu bertukar ganas
Kalangan pelajar dan pekerja mendakwa undang-undang berkenaan tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar. -AP
JAKARTA:Protes membantah undang-undang buruh baharu di beberapa bandar utama di Indonesia bertukar ganas.
Kalangan pelajar dan pekerja mendakwa undang-undang berkenaan tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.
Protes bermula Selasa itu turut berlangsung di hadapan Istana Presiden, Jakarta selain di beberapa bandar utama termasuk Yogyakarta, Medan, Makassar, Manado and Bandung.
Sehingga kini 209 individu ditahan kerana terlibat protes ganas.
Parlimen Indonesia pada Isnin meluluskan undang-undang baharu bagi mengubah sistem buruh dan pengurusan sumber negara.
Undang-undang ini meminda 79 akta sedia ada dan dirangka bagi mengurangkan kerenah birokrasi.
Namun golongan pekerja melihat undang-undang ini bakal mengurangkan gaji mereka, meningkatkan penyumberan luar dan menukar gaji bulanan kepada berasaskan jam.
Rakaman video yang tular di media sosial
Topic Berkaitan
#protes ganas
#Jakarta
#undang-undang buruh
#Istana Presiden
#Yogyakarta
#Makassar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan