CONNECTICUT: Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin.

Perhimpunan diadakan beberapa jam selepas Universiti Columbia membatalkan kelas secara bersemuka sebagai tindak balas terhadap peserta tunjuk perasaan yang memasang khemah di kampus New York City minggu lalu.

Penunjuk perasaan menghalang lalu lintas di sekitar kampus Yale di New Haven, Connecticut, menggesa universiti itu mengeluarkan nama dalam pelaburan pengeluar senjata tentera.

Dalam masa sama, Yale Daily News, sebuah laman berita yang dikendalikan pelajar, melaporkan polis menahan lebih daripada 45 penunjuk perasaan.

Namun begitu, pegawai Universiti Yale tidak memberi sebarang kenyataan balas mengenai situasi ini.

Peserta juga berkumpul di MIT dan di Kolej Emerson di Massachusetts, memasang khemah dan berjanji berada di sana sehingga tuntutan mereka dipenuhi.