awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta bantah komik dijual di Malaysia

Bernama
Bernama
26/06/2023
14:40 MYT
Protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta bantah komik dijual di Malaysia
Penunjuk perasaan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Corong Rakyat, menuntut pihak berkuasa menghentikan pencetakan dan penjualan buku komik itu di beberapa rangkaian kedai buku di Malaysia. - Foto Twitter/@bernamadotcom
JAKARTA: Sekumpulan rakyat Indonesia berhimpun di luar kedutaan Malaysia di sini pada Isnin untuk membantah penjualan dan pencetakan sebuah buku komik yang satu daripada halamannya memburukkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia.
Penunjuk perasaan daripada pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Corong Rakyat, menuntut pihak berkuasa menghentikan pencetakan dan penjualan buku komik itu di beberapa rangkaian kedai buku di Malaysia.
Mereka turut menggesa pihak berkuasa menyiasat motif di sebalik cerita dan ilustrasi oleh penulis komik, Cheeming Boey itu.
Menurut berita tempatan, Boey, 45, ialah warga Malaysia yang dilahirkan di Singapura dan bermastautin di Amerika Syarikat.
Polis Jakarta Selatan menghantar 47 anggota untuk memantau protes yang bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir kira-kira sejam kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#protest
#Kedutaan Malaysia di Jakarta
#bantah jualan komik
#Cheeming Boey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan