MERSIN: Turki akan menghantar 2,334 tan bantuan kemanusiaan untuk Palestin dan kapal yang membawa bantuan itu sudah bersedia untuk belayar ke Mesir, kata pihak berkuasa pengurusan bencana negara itu pada Rabu.
Bantuan yang terdiri daripada konvoi 109 trak itu akan diangkut menggunakan kapal Bestekar yang berlabuh di Pelabuhan Antarabangsa Mersin di pantai timur laut Laut Mediterranean di selatan Turki.
Bantuan itu disediakan dengan bantuan 29 pertubuhan bukan kerajaan dan diselaraskan oleh Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) dan Gabenor Mersin.
"Kami akan menghantar 2,334 tan bahan bantuan kemanusiaan, termasuk tepung, pasta, air, pes tomato, gula, khemah, selimut dan bahan kebersihan.
"Palestin adalah negara saudara kami. Kami sentiasa menyokong mereka," kata ketua AFAD Wilayah Mersin Cenk Yildiz kepada Agensi Berita Anadolu.
Kapal itu akan berlabuh di Pelabuhan Al-Arish Mesir sebelum bantuan disalurkan ke Palestin.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, rejim Israel telah menyerang Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, membunuh sekurang-kurangnya 22,313 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak selain mencederakan 57,296 yang lain.
Serangan itu turut mengakibatkan kebanyakan penduduk di wilayah yang berjumlah lebih 2.2 juta itu kehilangan tempat tinggal dan kekurangan makanan serta keperluan asas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Bantuan yang terdiri daripada konvoi 109 trak itu akan diangkut menggunakan kapal Bestekar yang berlabuh di Pelabuhan Antarabangsa Mersin di pantai timur laut Laut Mediterranean di selatan Turki. -Gambar hiasan/Reuters
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Projek Dermaga Gaza siap, bantuan mula diagih tidak lama lagi - Tentera AS
Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan ia selesai membina sebuah dermaga sementara di luar pantai Semenanjung Gaza.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.