Turki dan Greece saling bertelagah menegani isu penukaran status Hagia Sophia di Istanbul kepada masjid, sehari selepas solat fardu Jumaat diadakan buat kali pertama dalam tempoh sembilan dekad.
Tanpa menamakan Greece, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berpeluang menghadiri solat Jumaat itu menyatakan tindakan kritikan itu bertujuan menentang umat Islam dan Turki.
Kritikan Greece terhadap langkah itu dilihat meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara tersebut.
Hagia Sophia sebelum ini merupakan sebuah muzium dan kebanyakan orang Greece menganggapnya sebagai pusat agama Kristian ortodoks mereka.
Greece melakukan protes di seluruh gereja negara terbabit dengan membunyikan loceng, setiap hari Jumaat.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Jurucakap Kementerian Luar Negeri Turki menyatakan, Greece menunjukkan sekali lagi 'permusuhannya' terhadap Islam dan Turki dengan asalan bertindak balas terhadap Masjid Hagia Sophia yang dibuka untuk solat.
Beliau mengecam keras kenyataan Kerajaan Greece dan anggota Parlimen mereka serta pembakaran Bendera Turki di Thessaloniki, Greece.
Kementerian Luar Negeri Greece bertindak balas dengan menyatakan masyarakat antarabangsa abad ke-21 terkejut melihat pergolakan fanatik agama dan nasionalis Turki.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis menyifatkan tindakan Turki itu sebagai 'pengacau' dan penukaran status Hagia Sophia itu sebagai penghinaan terhadap peradaban abad ke - 21.
Hubungan Greece dan Turki tegang dan sukar mendapat kata sepakat mengenai pelbagai isu bermula dari ruang udara hingga zon maritim di Timur Laut Mediterania dan pemecahan etnik Cyprus.
Agensi
Sun Jul 26 2020
Hagia Sophia sebelum ini merupakan sebuah muzium dan kebanyakan orang Greece menganggapnya sebagai pusat agama Kristian ortodoks mereka. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Ada barisan hadapan hampir menyerah, rakyat diseru ambil iktibar, bersatu perangi COVID-19
Menerusi posting di laman Facebook beliau hari ini, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah.
Turki dan Greece bertelagah isu status Hagia Sophia
Erdogan yang menghadiri solat Jumaat itu menyatakan tindakan itu bertujuan menentang umat Islam dan Turki.