TURKI yang terkesan oleh serangan pengganas yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh pada awal Ahad, berikrar akan memerangi habis-habisan kumpulan pengganas dan penyokong mereka.
Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Turki bersikap tegas dalam melakukan apa sahaja demi melindungi keselamatan warganegaranya dan keamanan di rantau itu.
"Serangan dahsyat itu jelas menunjukkan keganasan tidak mengenal siapa dan hanya bertujuan untuk mencederakan dan membunuh, dan mereka menyerang keamanan rakyat bagi tujuan mencetuskan huru-hara," katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama oleh Pejabat Media Kaunselor, Kedutaan Turki, di sini.
Seorang pegawai polis dan warganegara asing antara yang maut dalam serangan pengganas di sebuah kelab malam di Istanbul yang turut mengakibatkan 69 orang cedera.
"Saya merakamkan takziah kepada rakyat kita, warganegara asing yang merupakan tetamu kita dan kepada keluarga pegawai keselamatan kita, dan mendoakan mereka yang cedera agar cepat sembuh," kata Erdogan.
Serangan itu berlaku tiga minggu selepas dua insiden pengeboman di Istanbul yang membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, kebanyakan daripada mereka pegawai polis.
Sementara itu, Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berkata Turki tidak akan tunduk kepada keganasan.
"Kami tidak akan membiarkan keganasan mengancam perpaduan dan persaudaraan di negara kami. Kami tidak akan tunduk kepada ancaman keganasan," katanya selepas melawat mereka yang cedera di sebuah hospital di Istanbul.
Yildirim turut menyangkal dakwaan bahawa pengganas memakai kostum Santa Claus, menyatakan dakwaan itu tidak berasas.
Lelaki itu ialah pengganas bersenjata, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017
Turki bersikap tegas dalam melakukan apa sahaja demi melindungi keselamatan warganegaranya dan keamanan di rantau itu. - Foto Reuters
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bekas penyerang Turkiye Akin cedera ditembak di Istanbul
Rakaman CCTV menunjukkan penyerang melarikan diri dengan motosikal.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Sekurang-kurangnya 29 pekerja binaan maut, kelab malam di Istanbul terbakar
Sekurang-kurangnya 29 orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab malam di Istanbul yang dalam kerja-kerja pengubahsuaian.
Ribuan rakyat Turki banjiri Lapangan Terbang Ataturk, tunjuk sokongan kepada Palestin
Ribuan rakyat Turki membanjiri Lapangan Terbang Ataturk untuk sesi Pertemuan Ramai Palestin pada Sabtu.
Misi perdagangan francais Malaysia ke Istanbul potensi tarik pelaburan RM30 juta - Fuziah
Misi bertujuan mempromosi jenama francais tempatan sekali gus menembusi pasaran Turki yang mempunyai potensi besar.
PM Anwar tiba di Istanbul untuk bertemu Presiden Turki
Antara topik yang dijadual dibincangkan dengan Erdogan ialah mengenai kebimbangan isu Israel-Palestin yang semakin meningkat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat ditemukan di gear mendarat pesawat Turkish Airlines
Pasukan penyelenggaraan teknikal menemukan mayat itu semasa pemeriksaan rutin.