DUNIA
Turki: Protes semakin tidak terkawal
Beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Turki dengan tiada sebarang tanda-tanda yang protes itu akan reda.
Kumpulan itu turut menghalang laluan trafik dengan membina sekatan sambil mengibarkan bendera Turki.
Protes yang masuk hari ke-13 turut menyaksikan suasana semakin tidak terkawal dengan penunjuk perasaan menyalakan unggun api besar di Dataran Taksim.
Polis anti rusuhan terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkumpul semula di dataran itu.
Sila klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami